NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - 15
1 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 31 October 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - 15. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan maksud Sistem Operasi (OS) serta fungsinya seperti Pengurusan sumber komputer (CPU, RAM dan storan), penyediaan antara muka pengguna (GUI / CLI) dan menjalankan aplikasi dan perisian. Selain itu, Guru MAHIR menerangkan jenis-jenis OS, fungsi utama OS dan kepentingan OS. Akhir sekali, Guru MAHIR menerangkan langkah-langkah format komputer seperti cipta USB Bootable, boot daripada USB, format dan pasang Windows, pasang pemandu (Drive), pasang software, kemaskini dan optimumkan.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran baiki gajet para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: